Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
Fungsi Sistem Kawalan Motor.
1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan.
( No-volt coil atau No-volt release )
3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup Bintang- Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.
4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem yamg mengawalnya.
5. Menghidupkan motor secara berperingkat.
6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.
Jenis-jenis Penghidup Motor
1. Penghidup Talian Terus ( Direct On line starter )
- 0HP hingga 3 HP/ 0.37 kW hingga 3.7 kW
2. Penghidup Bintang Delta ( Star- Delta starter )
- 3HP hingga 10 HP / 2.3 kW hingga 7.46 kW
3. Penghidup Alatubah-Auto ( Auto-transformer starter )
- 10Hp hingga 25 HP / 7.46 kW hingga 18.6 kW
4. Penghidup Rintangan Rotor ( Rotor Resistance starter )
- > 25 HP / >18.6 kW
Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor.
Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
Mengurangkan susutan voltan talian.
Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan
Keburukan menggurangkan arus mula
Mengurangkan daya kilas.
Kos meningkat dalam menyediakan alat-alat bagi sistem penghidup.
Keperluan penyelanggaran meningkat.
Alat-alat terlalu rumit.
Komponen-komponen Penghidup
1. Sesentuh ( contactor )
Ia adalah sebagai suis yang berkonsepkan elektromagnet dan berkendalian secara automatik apabila diberikan bekalan.
Ia terdiri daripada 2 jenis iaitu yang menggunakan bekalan 240 volt dan 415 volt.
Sesentuh dalam penyentuh dihasilkan oleh daya tarikan magnet setelah bekalan diberikan.
Sesentuh akan dibuka dengan menggunakan spring apabila magnet yang dinyahcaskan
Konsep Asas Sesentuh
No comments:
Post a Comment