Friday, April 1, 2011

‘FLOATING NEUTRAL’

KEJADIAN VOLTAN BERLEBIHAN KERANA

‘FLOATING NEUTRAL’

 Sistem Pembahagian Voltan Rendah 3 fasa mempunyai 3 pengalir (Fasa Merah, Fasa Kuning dan Fasa Biru) bersama dengan satu pengalir neutral yang menghubungkan punca bintang(star point) bekalan dan punca bintang(star point) beban.


Punca bintang /star point sentiasa dibumikan secara ‘Solid Earthed’ di pencawang supaya ianya dipastikan berada pada paras voltan sifar. (rujuk rajah 1)


Pengalir neutral berfungsi sebagai ‘Reference Point’ pada sistem kerana ianya disambungkan kepada ‘Star-point’ punca bekalan yang sentiasa berada pada paras voltan sifar. Ia juga berfungsi sebagai laluan kepada arus neutral yang wujud apabila apabila beban yang tidak seimbang disambung kepada sistem.\


Voltan berlebihan mungkin akan wujud pada beban jika pengalir neutral ini putus dan keadaan ini dipanggil “Floating Neutral”.
Floating Neutral ini boleh dikaji dengan menggunakan Teori Millman, untuk mengenalpasti bagaimanakah voltan berlebihan wujud pada beban.


Teori Millman adalah seperti berikut:


Vo’o = [ VRO (I/ZR ) + VYO (I/ZY) + VBO (I/ZB)]

[(I/ZR + I/ZY + I/ZB + I/ZRETURN)]

Dimana ZRETURN adalah nilai rintangan yang wujud di antara kedua-dua ‘Star-point’ 0 DAN 0’ iaitu ZRETURN = ZNEUTRAL bagi keadaan sistem Rajah 1 manakala ZRETURN = Infinity bagi keadaan sistem Rajah 2 dan ZRETURN = ZEARTHING bagi keadaan sistem Rajah 3.

VR0’ = VR0 – V0’0

VY0’ = VY0 – V0’0

VB0’ = VB0 – V0’0

RUMUSAN

  1. "Floating Neutral" adalah satu kejadian di mana titik neutral pada 'Star-point' beban tidak lagi berada pada paras voltan sifar kerana pengalir neutral terputus dan dengan itu voltan beberapa fasa yang bersambung kepada titik neutral beban tersebut akan mengalami voltan berlebihan.
  2. Voltan berlebihan yang wujud bergantung kepada samada beban yang tersambung kepada sistem berkenaan seimbang ataupun tidak. Jika beban adalah seimbang sepenuhnya, maka voltan berlebihan tidak akan terjadi walaupun pengalir neutral terputus.
  3. Pembumian yang efektik (baik) pada titik neutral beban boleh membantu bagi mengelakkan kejadian voltan berlebihan ataupun mengurangkannya tertakluk kepada nilai pembumian yang dicapai.
Floating Neutral boleh dielakkan dengan:
  • Pastikan pengalir neutral tidak terputus atau tidak berlaku sambungan /'contact' longgar dsbnya.
  • Pastikan semua beban yang disambung adalah seimbang.
  • Pastikan pengalir neutral di bumikan secara efektik pada setiap tiang. (Multiple Earthed Neutral)